Sunday 8 July 2012

POKOK KESIHATAN MENTAL

SYARAT-SYARAT UNTUK CEMERLANG



Mencintai ilmu 


Suka menuntut ilmu. Tidak mencintai lain semasa belajar. Tidak membawa pulang perkara selain ilmu setelah tamat pengajian. 


Hati yang bersih ketika menuntut ilmu 


Banyak buat maksiat hati akan menjadi kotor. Ini akan menyukarkan usaha berfikir dan menghafal pelajaran. Ilmu adalah cahaya yang tidak boleh masuk ke dalam hati yang kotor.

Konsep kendiri yang positif

Berdikari, tidak menunggu ada ujian baru bertungkus lumus untuk belajar.
Dalam belajar, kita kena bijak “mencuri masa”. Ada masa belajar, buat latihan, membaca atau seumpamanya. Tidak memerlukan arahan daripada orang atau cikgu barunak belajar. Ini dikatakan juga sebagai berdikari.

Mempunyai perancangan yang rapi

Mula dari sekarang perlu merncang untuk “berjaya” Seseorang yang tidak merancang, dia telah gagal sebelum gagal. Kalau kita tidak merancang untuk berjaya, sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal.

 Menilai kelemahan dan kekuatan diri

Cermin diri sendiri iaitu melakukan muhasabah kerana orang yang paling ikhlas ialah yang paling banyak menegur dirinya.

Bersedia melakukan perubahan

Menggunakan pelbagai cara untuk mengubah kelemahan yang ada. Kalau sukar nak belajar, cari inisiatif supaya boleh belajar. Cari proses belajar yang sesuai dengan diri.

Berani mencuba dan menghadapi risiko

Kita kena terima hakikat yang kita tidak berjaya walaupun sudah berusaha. Tetapi yang penting ialah  terus berusaha tanpa berputus asa. Natijah Allah yang bagi.  Dalam berusaha memang ada risiko sama ada kita boleh mencapai atau tidak.




 

5 TIPS MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH













1.      Jangan memutuskan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam membentuk dan melahirkan anak yang soleh, ibu bapa dan guru terlebih dahulu haruslah menjadi cermin kepada anak-anak. Malangnya segelintir ibu bapa dan guru terlalai melaksanakan perintah Allah. Rol model yang baik harus ditunjukkan kepada anak-anak dan sekaligus memimpin mereka membuat perkara soleh. Allah memberi keutamaan kepada ibu bapa dan guru agar berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka. Maka binalah hubungan dengan Allah SWT dengan mendirikan solat dan berdoa, sesungguhnya Allah maha kaya dengan rahmat-Nya.   

2.   Jangan banyak memberi belaian tarhib (menakutkan) daripada targhib  (motivasi atau didikan).
Segelintir ibu bapa dan guru menggunakan kaedah mendidik yang boleh merosakkan akidah anak-anak. Sebagai contoh kerap anak-anak ditakutkan dengan hantu,syaitan, jin dan tempat keramat. Pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah harus diberi teladan dan bimbingan ke arah kebaikan.

3.      Tidak tegas dalam mendidik anak.
Kebanyakan ibu bapa suka memanjakan dan memenuhi segala tuntutan anak mereka dengan kesenangan yang berlebihan. Akibatnya anak mereka menjadi pemalas. Ibu bapa cemerlang hurus dapat mendisiplinkan anak mereka dengan jadual aktiviti harian seperti waktu solat, belajar, riadah dan sebagainya. Dalam Islam merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah Rasullullah s.a.w.

4.      Jangan menegur anak secara negatif
Kebiasaannya dalam mendidik anak-anak, kerap kali ibu bapa dan guru menggunakan kekerasan yang melampau melalui deraan fizikal, emosi dan mental dengan tujuan memberi perubahan tingkahlaku yang baik kepada anak. Pendidikan yang berasaskan nafsu marah mengundang kesan yang negatif terhadap pertumbuhan fizikal, emosi dan mental anak-anak. Berilah kasih sayang dalam sebarang hukuman terhadap anak-anak.

5.      Didikan yang tidak seimbang
Selalunya, ibu bapa dan guru lebih menitikberatkan pendidikan mental dan fizikal semata-mata dan mengabaikan didikan dan pentarbiahan rohani.. Sering kali anak-anak didenda kerana gagal dalam peperiksaan tetapi tiada hukuman jika mereka tidak menunaikan solat fardu. Ibu bapa dan guru perlu lebih sensitif  dan  memastikan pendidikan agama yang sempurna buat anak mereka tanpa meninggalkan tuntutan ilmu dunia.  


Saturday 7 July 2012

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK(P) KAPAR

            Salam sejahtera. Salam 1Malaysia.
Sesuai dengan perkembangan teknologi yang pesat masa kini, kami barisan kaunselor SMK(P) Kapar tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan kemudahan terkini dalam menyampaikan khidmat kaunseling. Melalui blog rasmi ini, diharap akan menjadi medium alternatif pihak kaunselor dalam menyampaikan khidmat kaunseling kepada seluruh warga SMK (P) Kapar, Selangor.

            Barisan kaunselor di sini mengalu-alukan maklumbalas daripada anda semua dalam usaha kami menambahbaik perkhidmatan kepada pelajar melalui khidmat kaunseling. Diharap melalui medium Internet ini kita semua dapat berinteraksi dengan selesa dan berkesan. Sekian.