Sunday, 8 July 2012

5 TIPS MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH













1.      Jangan memutuskan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam membentuk dan melahirkan anak yang soleh, ibu bapa dan guru terlebih dahulu haruslah menjadi cermin kepada anak-anak. Malangnya segelintir ibu bapa dan guru terlalai melaksanakan perintah Allah. Rol model yang baik harus ditunjukkan kepada anak-anak dan sekaligus memimpin mereka membuat perkara soleh. Allah memberi keutamaan kepada ibu bapa dan guru agar berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka. Maka binalah hubungan dengan Allah SWT dengan mendirikan solat dan berdoa, sesungguhnya Allah maha kaya dengan rahmat-Nya.   

2.   Jangan banyak memberi belaian tarhib (menakutkan) daripada targhib  (motivasi atau didikan).
Segelintir ibu bapa dan guru menggunakan kaedah mendidik yang boleh merosakkan akidah anak-anak. Sebagai contoh kerap anak-anak ditakutkan dengan hantu,syaitan, jin dan tempat keramat. Pendidikan terbaik untuk anak-anak adalah harus diberi teladan dan bimbingan ke arah kebaikan.

3.      Tidak tegas dalam mendidik anak.
Kebanyakan ibu bapa suka memanjakan dan memenuhi segala tuntutan anak mereka dengan kesenangan yang berlebihan. Akibatnya anak mereka menjadi pemalas. Ibu bapa cemerlang hurus dapat mendisiplinkan anak mereka dengan jadual aktiviti harian seperti waktu solat, belajar, riadah dan sebagainya. Dalam Islam merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah Rasullullah s.a.w.

4.      Jangan menegur anak secara negatif
Kebiasaannya dalam mendidik anak-anak, kerap kali ibu bapa dan guru menggunakan kekerasan yang melampau melalui deraan fizikal, emosi dan mental dengan tujuan memberi perubahan tingkahlaku yang baik kepada anak. Pendidikan yang berasaskan nafsu marah mengundang kesan yang negatif terhadap pertumbuhan fizikal, emosi dan mental anak-anak. Berilah kasih sayang dalam sebarang hukuman terhadap anak-anak.

5.      Didikan yang tidak seimbang
Selalunya, ibu bapa dan guru lebih menitikberatkan pendidikan mental dan fizikal semata-mata dan mengabaikan didikan dan pentarbiahan rohani.. Sering kali anak-anak didenda kerana gagal dalam peperiksaan tetapi tiada hukuman jika mereka tidak menunaikan solat fardu. Ibu bapa dan guru perlu lebih sensitif  dan  memastikan pendidikan agama yang sempurna buat anak mereka tanpa meninggalkan tuntutan ilmu dunia.  


No comments:

Post a Comment