Sunday, 8 July 2012
SYARAT-SYARAT UNTUK CEMERLANG
Mencintai ilmu
Suka menuntut ilmu. Tidak mencintai lain semasa belajar. Tidak membawa pulang perkara selain ilmu setelah tamat pengajian.
Hati yang bersih ketika menuntut ilmu
Banyak buat maksiat hati akan menjadi kotor. Ini akan menyukarkan usaha berfikir dan menghafal pelajaran. Ilmu adalah cahaya yang tidak boleh masuk ke dalam hati yang kotor.
Konsep kendiri yang positif
Berdikari,
tidak menunggu ada ujian baru bertungkus lumus untuk belajar.
Dalam
belajar, kita kena bijak “mencuri masa”. Ada
masa belajar, buat latihan, membaca atau seumpamanya. Tidak memerlukan arahan
daripada orang atau cikgu barunak belajar. Ini dikatakan juga sebagai berdikari.
Mempunyai perancangan yang rapi
Mula dari sekarang perlu merncang untuk “berjaya” Seseorang
yang tidak merancang, dia telah gagal sebelum gagal. Kalau kita tidak merancang
untuk berjaya, sebenarnya kita sedang merancang untuk gagal.
Menilai
kelemahan dan kekuatan diri
Cermin diri
sendiri iaitu melakukan muhasabah kerana orang yang paling ikhlas ialah yang paling banyak menegur dirinya.
Bersedia
melakukan perubahan
Menggunakan
pelbagai cara untuk mengubah kelemahan yang ada. Kalau sukar nak belajar, cari
inisiatif supaya boleh belajar. Cari proses belajar yang sesuai dengan diri.
Berani
mencuba dan menghadapi risiko
Kita kena
terima hakikat yang kita tidak berjaya walaupun sudah berusaha. Tetapi yang
penting ialah terus berusaha tanpa
berputus asa. Natijah Allah yang bagi. Dalam
berusaha memang ada risiko sama ada kita boleh mencapai atau tidak.
5 TIPS MEMBENTUK ANAK-ANAK SOLEH
1.
Jangan memutuskan hubungan dengan Allah SWT.
Dalam membentuk dan melahirkan anak yang
soleh, ibu bapa dan guru terlebih dahulu haruslah menjadi cermin kepada
anak-anak. Malangnya
segelintir ibu bapa dan guru terlalai melaksanakan perintah Allah. Rol model
yang baik harus ditunjukkan kepada anak-anak dan sekaligus memimpin mereka
membuat perkara soleh. Allah memberi keutamaan kepada ibu bapa dan guru agar
berdoa untuk kebaikan anak-anak mereka. Maka binalah hubungan dengan Allah SWT
dengan mendirikan solat dan berdoa, sesungguhnya Allah maha kaya dengan
rahmat-Nya.
2. Jangan
banyak memberi belaian tarhib (menakutkan) daripada targhib (motivasi
atau didikan).
Segelintir ibu bapa dan guru menggunakan
kaedah mendidik yang boleh merosakkan akidah anak-anak. Sebagai contoh kerap anak-anak ditakutkan dengan
hantu,syaitan, jin dan tempat keramat. Pendidikan
terbaik untuk anak-anak adalah harus diberi teladan dan bimbingan ke arah
kebaikan.
3.
Tidak tegas dalam mendidik anak.
Kebanyakan ibu bapa suka memanjakan dan
memenuhi segala tuntutan anak mereka dengan kesenangan yang berlebihan.
Akibatnya anak mereka menjadi pemalas. Ibu bapa cemerlang hurus dapat
mendisiplinkan anak mereka dengan jadual aktiviti harian seperti waktu solat,
belajar, riadah dan sebagainya. Dalam Islam merotan anak dengan tujuan mendidik
adalah satu sunnah Rasullullah s.a.w.
4.
Jangan menegur anak secara negatif
Kebiasaannya dalam mendidik anak-anak,
kerap kali ibu bapa dan guru menggunakan kekerasan yang melampau melalui deraan
fizikal, emosi dan mental dengan tujuan memberi perubahan tingkahlaku yang baik
kepada anak. Pendidikan yang berasaskan nafsu marah mengundang kesan yang
negatif terhadap pertumbuhan fizikal, emosi dan mental anak-anak. Berilah kasih
sayang dalam sebarang hukuman terhadap anak-anak.
5.
Didikan yang tidak seimbang
Selalunya, ibu bapa dan guru lebih
menitikberatkan pendidikan mental dan fizikal semata-mata dan mengabaikan
didikan dan pentarbiahan rohani.. Sering kali anak-anak didenda kerana gagal
dalam peperiksaan tetapi tiada hukuman jika mereka tidak menunaikan solat
fardu. Ibu bapa dan guru perlu lebih sensitif dan memastikan
pendidikan agama yang sempurna buat anak mereka tanpa meninggalkan tuntutan
ilmu dunia.
Saturday, 7 July 2012
SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK(P) KAPAR
Salam sejahtera. Salam 1Malaysia.
Sesuai dengan perkembangan teknologi yang pesat masa kini, kami barisan kaunselor SMK(P) Kapar tidak mahu ketinggalan dalam memanfaatkan kemudahan terkini dalam menyampaikan khidmat kaunseling. Melalui blog rasmi ini, diharap akan menjadi medium alternatif pihak kaunselor dalam menyampaikan khidmat kaunseling kepada seluruh warga SMK (P) Kapar, Selangor.
Barisan kaunselor di sini mengalu-alukan maklumbalas daripada anda semua dalam usaha kami menambahbaik perkhidmatan kepada pelajar melalui khidmat kaunseling. Diharap melalui medium Internet ini kita semua dapat berinteraksi dengan selesa dan berkesan. Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)